Monday, 21 March 2011

Sejarah PKMD Kuala Muda

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda mula beroperasi pada awal tahun 1950-an dan dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kedah Tengah yang beroperasi di Bangunan JKR di Jalan Ibrahim Sungai Petani selama hampir 36 tahun. Pada tahun 1986 telah berpindah ke Bangunan Zakat di Jalan Bakar Arang Sungai Petani
Pada tahun 1988 menyewa di Bangunan kedai di Jalan Ibrahim Sungai Petani selama 3 tahun Pada tahun 1991 telah berpindah ke Bangunan Kedai di Pekan Baru selama 3 tahun. Pada tahun 1994 berpindah pula ke Bangunan Seri Temin Sungai petani sehingga tahun 2002 dan kemudian berpindah ke Pejabat Kebajikan masyarakat di Bengkel Daya Sungai petani Selama 6 tahun. Pada tahun 2008 telah berpindah kali ke-7 ke Bangunan sendiri di Kompleks Penyayang Sungai petani sehingga sekarang.